Thursday, May 3, 2012

~~Maaf, Mood Tengah Kacau~~


Hmm dah berhabuk dan bersawang blog aku nih. Sori la kepada yang ikuti blog ni. Bukan pe, takde idea nak share citer. But since yesterday, i’m in a shock condition. Mesti korang nak tau kenapa kan.. tanak tau? Takpe, aku nak citer gak. ADA ORANG AJAK AKU KAWEN!!

Nape lak aku nak terkejut sedangkan tu berita gembira? Sebab aku tak penah kenal sapa dia lelaki ni. Yang aku tau dia kawan kepada kawan aku. Secara jujurnya, aku AMAT JARANG berhubung dengan dia-sebab tak kenal dia, so no point to contact- dan kami dah lama terputus hubungan. Tetiba dia muncul then ajak kawen. Tak mengarut ke tuh?

Bila ajak jumpa-macam muka tak malu je kan TAPI ada mahram la- untuk elak dia tersalah orang, dia cakap, nanti kita jumpa bersama ibu bapa kita. Boleh kenal2. Masalahnya bukan nak kenal2. Tapi untuk pastikan betul ke hati tu untuk saya? Ni tak pernah berjumpa, berbual jauh sekali. Just pernah tengok gambar saya dari kawan dia tu je. Tetiba terus ajak kawen. Agak2 la. Nasib tak kena serangan jantung je.

 Then tadi dia tanya, kena kenal dulu ke baru boleh kawen? Kalau kenal lepas kawen, tak boleh ke? maksud kamu, kita bakal menjadi salah satu pasangan yang akan bercerai? Well, hello~~ kamu tak tau apa2 tentang saya dan itu adalah salah satu risiko yang akan menjadi punca perceraian. Saya nak perkahwinan saya kekal hingga ke syurga la, kamu~.

Dia cakap, Ada baiknya kalau awak baca buku Aku Terima Nikahnya. insyaAllah saya akan terima awak seadanya. Saya pun ada kekurangan.~ OK, kat sini terus aku takde idea nak balas. Lastly aku cakap, ‘hmm saya taktau nak cakap pe. Rasanya baik awak berbincang dengan papa.’-padahal nak larikan diri..hahaha..

PAPA, ALONG MINTA MAAF!!!!

Ps: aku ni dah la kurang berkawan. Bila ada kawan buat mcm ni, mmg aku tk reti nak handle. TAPI!! Dia kawan aku ke? Kn dia kawan kepada kawan aku, kira kawan aku juga ke?~~entah..taktau~~

Thursday, March 1, 2012

salam semua..haha..da lamakan blog aku ni menjdi pekasam? sori la.. aku takde cerita nak share dengan kalian..TAPI! tadi aku baru je terbaca note kt FB Hilal Asyraf-aku taktau sapa dia ni, sori a..-best tau..tajuk dia HADIAH HARI JUMAAT. hmm myb da ramai tau apa dia tulis kt note tu sebab macam ramai je rakan taulan dia..myb kamu juga kawan dia kot..ngeee..pape pn, still aku nak share isi cite tu..huh! nah, ini dia kisahnya...baca tau jangan tak baca.. (^-^)

Hadiah Hari Jumaat: Pengajaran Satu Kisah Dalam Al-Kahfi

Satu hari, Dr Ala’ Hilat berkongsi akan satu kisah menarik.

   Kisah itu kisah biasa. Aku pun awal-awal mendengar maudu’nya, rasa kurang berminat. Kisah seorang lelaki soleh yang biasanya orang panggil dengan panggilan Khidir, dengan Nabi Allah Musa. Ya, mungkin ramai akan menarik muka terlebih dahulu. “Ala, dah tahu.” Sebab aku juga begitu.

                Tetapi Dr Ala’ Hilat berkata:

                “Al-Quran bukan buku sejarah. Al-Quran bukan buku fizik mahupun kimia. Al-Quran adalah Kitab Hidayah. Petunjuk buat yang memerhati dan membuka hati. Maka kisah Khidir dan Musa bukanlah kisah tarikhi(sejarah), tetapi adalah petunjuk, penenang hati daripada Allah SWT.”

                Ketika itu aku diam dan mula memandang wajah guru kesayanganku itu.

                Menanti apakah yang menarik yang akan disampaikan olehnya. Sebab Dr Ala’ memang terkenal dengan manusia yang mampu menggugah jiwa manusia yang lain.

Sepintas kisah Khidir, menandakan bukan itu perhatian utamanya

Dr Ala’ tidak panjang menceritakan kisah Khidir dan Musa. Dia sekadar mengeluarkan point penting. Katanya ada enam point penting, tetapi dikeluarkan tiga point terlebih dahulu. Dr Ala’ kata, tiga point yang hendak dikeluarkan ini adalah perjalanan Khidir dan Musa.

                1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

                “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

                2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

                3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.

                Dan Dr Ala’ memberitahu betapa Musa AS, dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.

                Kemudian Dr Ala’ menceritakan juga hikmah-hikmah mengapa Khidir melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

                Laju sahaja Dr Ala’ menceritakan semua itu.

                Seakan-akan, bukan itu maudu’ utamanya.

                Dan sampai setakat ini, aku masih tidak nampak, apa yang menariknya?

Tiga point yang ditinggal.

Pada titik inilah, Dr Ala’ bertanya kepada kelas:

                “Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”

                Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidir?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”

                Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”

                Kelas diam. Aku diam juga. Sebab aku tidak pasti hendak menjawab apa.

                “Apakah benar Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Aku terkejut, begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata Khidir bukan bijaksana? Tak berilmu?

                Aku lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, dan aku yakin dia yakin kata-katanya benar.

                “Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidir ini?”

                Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidir kepada pembaca Al-Quran.

                “Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

                “Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”

                Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.

                “Maka, segala keputusan Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.”

                Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

                “Apa yang Khidir lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidir hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidir ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.”

                Sekali lagi aku macam tersentak. Itu point kedua dari tiga. Dada berdegup kencang. Rasa teruja. Rasa macam Allah SWT telah membukakan satu lagi ilmu yang luas untuk diri ini.

                “Dan dengan kisah Khidir, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidir dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

                Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.

Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidir dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.

                “Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ kepada kami.

                Kisah Khidir adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.

                Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.

                “Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”

                Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?

                “Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidir, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.

                “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”

Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 

Dr Ala’ kemudian berkata:

                “Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”

                Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidir. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.

                “Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”

                Aku rasa puas.

                Indah sungguh Al-Quran. Indah sungguh ilmu Allah SWT. Cantik sungguh cara penceritaan di dalam Al-Quran. Dan besar sungguh pengajaran yang Allah mahu berikan.

                Hanya dari satu cerita, yang orang selalunya menyangka biasa-biasa.

                Semoga bermakna kepada kita semua.


Ps: Dr Ala' Hilat adalah pensyarah di Kuliah Syariah University of Yarmouk, Jordan. Merupakan seorang yang khusus(pakar) di dalam bidang Muqorantul Adyan(perbandingan agama). Juga antara sebilangan kecil orang-orang arab yang mengambil pengkhususan mendalami agama Yahudi sehingga ke akar umbinya. Dr Ala' Hilat juga pakar dalam bidang Ilmu An-Nafs. Umurnya baru awal 30-an. Hampir seluruh jenis mata pelajaran Aqidah(Aqidah, Muqorantul Adyan, Firaq fi tarikhil islam), saya belajar dengan dia.

Thursday, January 5, 2012

BULI @ MELATIH?

    Bila dah bekerja ni macam2 ragam manusia dapat dilihat. Ada bos n rakan2 yang baik n linean. Ada juga yang suka bagi kerja2 yang lari skop kerja kami sebagai pelatih. Teringat saya pada kawan saya yang dikelilingi kawan2 n bos yang bersikap macam tu. Macam2 kerja dibagi termasuk kerja kerani dan kerja yang sepatutnya mereka sendiri siapkan. Kadang2 kesian juga tengok dia terkejar2 capai dateline kerja tu. Tapi most of time, saya cemburu sebab dia berpeluang belajar banyak perkara walaupun kerja itu mungkin lari lari bidang dia. At least, dia sekarang insyaAllah dah ada pelbagai kemahiran.

    Dia tarik muka masam bila saya cakap dia bertuah sebab diberi banyak tugas. "Penat tau. Memang tak patut dorang tu. Kerja diorang, longgok kat orang."..tu balasannya..hehe.. Mungkin perspektif dan penerimaan kami berbeza. Tapi berada dalam Jabatan Pemasaran dan Direct Client ni pn ok juga. Dapat belajar banyak hal tentang produk syarikat. Mungkin masih baru, jadi kerja yang dibagi lebih kepada kerja kerani..hehe..jahat tak? Ye lah. Hari2 buat kerja update profile pelabur, tengok prestasi saham kat pasaran, siapkan kesimpulan laporan saham2 dan buat kerja2 fotostat..huhu..sedey tak dengar?

    Takpe la. Sementara ni, dapatkan semua kemahiran yang diperlukan supaya nanti senang bila dah dapat kerja. Siapkan diri untuk jadi multiskilled person supaya nanti boleh jadi mutitasking worker. Nanti akan jadi lebih berharga kepada syarikat..kan. (^-^)

Monday, December 26, 2011

Kenangan Aku & Dia

Apabila teringatkan seseorang, kita akan termenung sendiri. Kadang-kadang sampai berjam-jam lamanya. Bukan apa, terkenang semula kenangan antara kita dan dia. Tiba-tiba kita tersenyum seorang diri..hati-hati, takut nanti dikatakan dah tak waras lagi..hehe.. Adakalanya airmata turut mengiringi jika melibatkan kenangan sedih..time ni mesti ada orang pikir kita putus cinta..hihu.. Begitulah warna-warni kehidupan yang mengiringi kita lewat usia kita.
Aku dibesarkan di sebelah utara-Pulau Pinang dan Kedah- sebab dari usia setahun sampai 7 tahun, duduk kat Pulau Pinang. Then umur 9 tahun sampai 15 tahun duduk lak kat Kedah. Tapi tempat yang paling best dan banyak kenangan mestilah Kedah sebab rumah aku dekat je dengan bendang a.k.a sawah padi. Bila balik sekolah, saje je lalu ikut jalan tengah bendang. Bila time cuti sekolah, selalu lepak kat bendang Kg. Teluk Nibong, belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad Tajuddin. Aku rasa tenang dan segar tiap kali memandang ke arah hamparan padi yang menghijau pada waktu muda, dan menguning bila musim menuai dan….hamparan lumpur yang hitam bila lepas waktu menuai..huhu..tak syok..
Hmm..antara kenangan yang masih kuat aku ingat ialah masa aku menjemput adik balik sekolah. Maklumlah masa tu baru je dapat basikal, kenalah kongsi. Tapi kami berlainan sesi walaupun sekolah yang sama. Masa tu ada warung ABC tau kat area sekolah. Jadi tiap kali jemput adik, kami mesti singgah makan ABC kat warung Pak Hassan kat pintu belakang sekolah. Serius, ABC dia memang sedap. Kalau warung Pak Hassan tak buka, kami pergi ke kedai Uncle Lim, kedai runcit dekat dengan sekolah cari aiskrim lollipop. Selalunya kami share je. Sharing is caring kan..ngeh3..
Hmm..pernah satu petang tu masa aku jemput adik dari sekolah, konon nak lalu kat jalan tengah bendang. Bila dekat nak sampai simpang ke bendang tu, kami accident pulak dengan sebuah motor. Taktaulah salah sapa. Tapi kesan dari accident tu, lutut adik luka. Sorry angah, tak sengaja. Nasib baik lah kami tak termasuk dalam parit kat tepi jalan tu yang isinya amatlah “menawan” hati. HITAM yang AMAT! Baunya..toksah cakap lah..hihu..
Sebenarnya banyak lagi kenangan antara aku dan dia-aku dan adik-yang sentiasa aku ingat. Tapi biarlah sampai di sini dulu untuk masa ni. Ada kerja sedang menunggu..masa kerja pun sempat lagi nak menaip untuk blog ni kan..hahaha..sangat tak senonoh..kamu jangan tiru tau sikap aku ni..huhu..

Friday, March 11, 2011

Subhanallah, Indahnya Alam. (^-^)

Subhanallah, Indahnya Alam. (^-^)


Assalamu’alaikum kawan-kawan semua. Apa khabar kalian hari ni? Semoga sihat dan sejahteralah hendaknya. Muqadimah hari ni yang agak formal..haha.. tapi serasanya hari ini aku hidup kembali. Cakap macam da mati..haha.. Pelikkan? Sebenarnya aku hari ini taktau la pe yang da jadi pada aku. Tiba-tiba je rasa nak round-round kolej kediaman aku ni.

Pelik tak pelik, may be sebab aku asyik berkurung dalam bilik tak keluar-keluar membuatkan aku sedikit berkeinginan untuk meneroka alam yang hijau di persekitaran kolej aku ini. Lagi pula, kalau aku keluar pun masa matahari dah terbenam. Sebab nak pergi makan malam dengan kak Lyra, Atiq dan Shela, atau dengan Alin dan Sopia. Tu pun kadang-kadang..huhu.. Aku memang lain sikit sebab suka teperap dalam bilik atau rumah. Susah sikit nak berjalan-jalan. Rasa selamat padahal tak lah seselamat mana pun.

Sejujurnya, hatiku, jiwaku, mungkin juga rohku berasa nyaman dan aman menghirup udara pagi yang segar walaupun tak sesegar mana sebab hari ini banyak lak kereta berjalan kat jalan-jalan U ni. Kebiasaannya hari minggu macam ni, kurang kereta dan kenderaan. Mungkin kerana ada pertunjukkan kuda dan aktiviti-aktiviti U yang lain membuatkan keadaan sekelilingku hidup seperti hari-hari bekerja..sungguh tak suka…huh.. kotor udaraku. Alangkah bagus kalau udara di bumi Malaysia ini terpelihara sepertimana udara di Guang Zhou. Rata-rata rakyatnya berbasikal ke tempat kerja. Jalan raya ditutup untuk kenderaan bermotor kecuali pada masa yang telah ditetapkan. Kan bagus macam tu.

Sepanjang aku tawaf kolej ni, aku paling suka tengok pemandangan bunga-bunga berguguran dari pohon. Subhanallah, indah sungguh alam pada masa tu. Aku tersenyum sendiri kerana tahap keterujaanku yang tinggi..haha.. de aku kisah kalau orang Nampak? Tapi Alhamdulillah walaupun ramai gak budak lelaki yang datang lepak kat sini-sebab kolej perempuan, ramai aweks maa- aku terserempak dengan pekerja-pekerja Indonesia dan seorang budak lelaki je tadi.  Aku memang tak suka kalau terserempak dengan ramai lelaki. Sebab aku rasa dorang ni GATAL! Nampak perempuan lalu, nak pewit-pewit. Sekali aku bagi makan kasut aku ni kang baru ada adab..huh..(garang la konon..hehe)

Rasanya cukuplah setakat ini dulu perkongsian aktivitiku pada pagi ini. Kalau ada lagi, kita berjumpa lagi dalam slot yang lain pula. Da macam iklan daaa..haha.. kawan-kawan sekalian, jaga diri bebaik tau. Jalan tu hati-hati. Sekian, wassalam.. 

Wednesday, March 9, 2011

barang yang lepas usah disebut lagi..


Barang Yang Lepas, Usah Disebut Lagi

Setiap manusia tak lari daripada buat kesilapan. Besar kecil kesilapan tu kadang-kadang kita tak tahu. Yang pasti kita tahu kita dah buat silap, tu paling penting. Nanti boleh kita perbaiki diri pada masa akan datang. Kalau kita tak tahu, kawan-kawan kena la tegur dan bagitau. Sebab kadang-kadang kesilapan tu kita tak sengajakan atau tak disedari.

Tapi aku tak paham manusia ni. Kadang-kadang suka sangat nak ungkit-ungkit cerita lama, terutama sekali kalau berkaitan kesalahan orang lain. Macam mana dengan kesalahan sendiri? De pernah muhasabah diri? De pernah sedar kesalahan sendiri? Atau selalu menganggap diri lebih bagus dari orang lain? Jangan suka menghina atau merendah-rendahkan orang lain kerana boleh jadi dia lebih baik dan lebih mulia dari diri kamu. Jangan terlalu memuja dan memuji orang kerana boleh jadi dia hanya bermuka-muka. Jika dia kekurangan, intai-intai la kelemahan sendiri. Kalau dia berkelebihan, cukuplah Allah yang menilai. Allah saja Sebaik-baik Penilai kerana Dia Maha Mengetahui.

Barang yang lepas, biarkan saja ia berlalu. Jika teringat, memadai sekadar mengambil iktibar. Jangan dijadikan alasan untuk mengaibkan orang. Jagalah aib saudaramu, nescaya Allah menjaga aib kamu, insyaAllah.. Kalau de kawan yang buat salah, tegurlah. Jika kawan berbuat baik, senyumlah.. (^-^)