Monday, December 26, 2011

Kenangan Aku & Dia

Apabila teringatkan seseorang, kita akan termenung sendiri. Kadang-kadang sampai berjam-jam lamanya. Bukan apa, terkenang semula kenangan antara kita dan dia. Tiba-tiba kita tersenyum seorang diri..hati-hati, takut nanti dikatakan dah tak waras lagi..hehe.. Adakalanya airmata turut mengiringi jika melibatkan kenangan sedih..time ni mesti ada orang pikir kita putus cinta..hihu.. Begitulah warna-warni kehidupan yang mengiringi kita lewat usia kita.
Aku dibesarkan di sebelah utara-Pulau Pinang dan Kedah- sebab dari usia setahun sampai 7 tahun, duduk kat Pulau Pinang. Then umur 9 tahun sampai 15 tahun duduk lak kat Kedah. Tapi tempat yang paling best dan banyak kenangan mestilah Kedah sebab rumah aku dekat je dengan bendang a.k.a sawah padi. Bila balik sekolah, saje je lalu ikut jalan tengah bendang. Bila time cuti sekolah, selalu lepak kat bendang Kg. Teluk Nibong, belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad Tajuddin. Aku rasa tenang dan segar tiap kali memandang ke arah hamparan padi yang menghijau pada waktu muda, dan menguning bila musim menuai dan….hamparan lumpur yang hitam bila lepas waktu menuai..huhu..tak syok..
Hmm..antara kenangan yang masih kuat aku ingat ialah masa aku menjemput adik balik sekolah. Maklumlah masa tu baru je dapat basikal, kenalah kongsi. Tapi kami berlainan sesi walaupun sekolah yang sama. Masa tu ada warung ABC tau kat area sekolah. Jadi tiap kali jemput adik, kami mesti singgah makan ABC kat warung Pak Hassan kat pintu belakang sekolah. Serius, ABC dia memang sedap. Kalau warung Pak Hassan tak buka, kami pergi ke kedai Uncle Lim, kedai runcit dekat dengan sekolah cari aiskrim lollipop. Selalunya kami share je. Sharing is caring kan..ngeh3..
Hmm..pernah satu petang tu masa aku jemput adik dari sekolah, konon nak lalu kat jalan tengah bendang. Bila dekat nak sampai simpang ke bendang tu, kami accident pulak dengan sebuah motor. Taktaulah salah sapa. Tapi kesan dari accident tu, lutut adik luka. Sorry angah, tak sengaja. Nasib baik lah kami tak termasuk dalam parit kat tepi jalan tu yang isinya amatlah “menawan” hati. HITAM yang AMAT! Baunya..toksah cakap lah..hihu..
Sebenarnya banyak lagi kenangan antara aku dan dia-aku dan adik-yang sentiasa aku ingat. Tapi biarlah sampai di sini dulu untuk masa ni. Ada kerja sedang menunggu..masa kerja pun sempat lagi nak menaip untuk blog ni kan..hahaha..sangat tak senonoh..kamu jangan tiru tau sikap aku ni..huhu..

Friday, March 11, 2011

Subhanallah, Indahnya Alam. (^-^)

Subhanallah, Indahnya Alam. (^-^)


Assalamu’alaikum kawan-kawan semua. Apa khabar kalian hari ni? Semoga sihat dan sejahteralah hendaknya. Muqadimah hari ni yang agak formal..haha.. tapi serasanya hari ini aku hidup kembali. Cakap macam da mati..haha.. Pelikkan? Sebenarnya aku hari ini taktau la pe yang da jadi pada aku. Tiba-tiba je rasa nak round-round kolej kediaman aku ni.

Pelik tak pelik, may be sebab aku asyik berkurung dalam bilik tak keluar-keluar membuatkan aku sedikit berkeinginan untuk meneroka alam yang hijau di persekitaran kolej aku ini. Lagi pula, kalau aku keluar pun masa matahari dah terbenam. Sebab nak pergi makan malam dengan kak Lyra, Atiq dan Shela, atau dengan Alin dan Sopia. Tu pun kadang-kadang..huhu.. Aku memang lain sikit sebab suka teperap dalam bilik atau rumah. Susah sikit nak berjalan-jalan. Rasa selamat padahal tak lah seselamat mana pun.

Sejujurnya, hatiku, jiwaku, mungkin juga rohku berasa nyaman dan aman menghirup udara pagi yang segar walaupun tak sesegar mana sebab hari ini banyak lak kereta berjalan kat jalan-jalan U ni. Kebiasaannya hari minggu macam ni, kurang kereta dan kenderaan. Mungkin kerana ada pertunjukkan kuda dan aktiviti-aktiviti U yang lain membuatkan keadaan sekelilingku hidup seperti hari-hari bekerja..sungguh tak suka…huh.. kotor udaraku. Alangkah bagus kalau udara di bumi Malaysia ini terpelihara sepertimana udara di Guang Zhou. Rata-rata rakyatnya berbasikal ke tempat kerja. Jalan raya ditutup untuk kenderaan bermotor kecuali pada masa yang telah ditetapkan. Kan bagus macam tu.

Sepanjang aku tawaf kolej ni, aku paling suka tengok pemandangan bunga-bunga berguguran dari pohon. Subhanallah, indah sungguh alam pada masa tu. Aku tersenyum sendiri kerana tahap keterujaanku yang tinggi..haha.. de aku kisah kalau orang Nampak? Tapi Alhamdulillah walaupun ramai gak budak lelaki yang datang lepak kat sini-sebab kolej perempuan, ramai aweks maa- aku terserempak dengan pekerja-pekerja Indonesia dan seorang budak lelaki je tadi.  Aku memang tak suka kalau terserempak dengan ramai lelaki. Sebab aku rasa dorang ni GATAL! Nampak perempuan lalu, nak pewit-pewit. Sekali aku bagi makan kasut aku ni kang baru ada adab..huh..(garang la konon..hehe)

Rasanya cukuplah setakat ini dulu perkongsian aktivitiku pada pagi ini. Kalau ada lagi, kita berjumpa lagi dalam slot yang lain pula. Da macam iklan daaa..haha.. kawan-kawan sekalian, jaga diri bebaik tau. Jalan tu hati-hati. Sekian, wassalam.. 

Wednesday, March 9, 2011

barang yang lepas usah disebut lagi..


Barang Yang Lepas, Usah Disebut Lagi

Setiap manusia tak lari daripada buat kesilapan. Besar kecil kesilapan tu kadang-kadang kita tak tahu. Yang pasti kita tahu kita dah buat silap, tu paling penting. Nanti boleh kita perbaiki diri pada masa akan datang. Kalau kita tak tahu, kawan-kawan kena la tegur dan bagitau. Sebab kadang-kadang kesilapan tu kita tak sengajakan atau tak disedari.

Tapi aku tak paham manusia ni. Kadang-kadang suka sangat nak ungkit-ungkit cerita lama, terutama sekali kalau berkaitan kesalahan orang lain. Macam mana dengan kesalahan sendiri? De pernah muhasabah diri? De pernah sedar kesalahan sendiri? Atau selalu menganggap diri lebih bagus dari orang lain? Jangan suka menghina atau merendah-rendahkan orang lain kerana boleh jadi dia lebih baik dan lebih mulia dari diri kamu. Jangan terlalu memuja dan memuji orang kerana boleh jadi dia hanya bermuka-muka. Jika dia kekurangan, intai-intai la kelemahan sendiri. Kalau dia berkelebihan, cukuplah Allah yang menilai. Allah saja Sebaik-baik Penilai kerana Dia Maha Mengetahui.

Barang yang lepas, biarkan saja ia berlalu. Jika teringat, memadai sekadar mengambil iktibar. Jangan dijadikan alasan untuk mengaibkan orang. Jagalah aib saudaramu, nescaya Allah menjaga aib kamu, insyaAllah.. Kalau de kawan yang buat salah, tegurlah. Jika kawan berbuat baik, senyumlah.. (^-^)

Tuesday, January 4, 2011

SeLamAt TaHuN BaRu...




untuk sambut tahun baru y lepas, aku membawa diri ke KL sebab nak tengok bunga api life kt KLCC..nak tau aku g ngn sapa? abang angkat aku je. cadang nak pergi berenam=3pasangan. tapi nak buat macam mana kan..adik2 angkatku semuanye da de plan lain dengan pasangan masing-masing. nak tak nak, aku sambut new year dengan abang angkat aku je la. orang lain sambut dengan kekasih hati, tapi aku lain lak ceritanye. kitorang bertolak dalam pukul 4 petang sebab nak elak traffic jam. sampai kat KLCC tu dalam kul 5. so, lepak2 dlu, makan2 dlu, abang g hisap rokok puas2 dlu..then, da penat dok saje, kitorang pun pergi tengok wayang, Meet The Parent, Little Focker. lawak giler cerita tu. abang pun layan habis. gelak bagai nak pecah perut. 

nak tunggu bunga api meletup tu punya la lama. lebih kurang 4jam tunggu. so, kitorang pun lepak lagi kat dataran KLCC. woooooooooo...macam-macam gaya ada tapi majoriti bukan Malaysians la. rata-rata aku tengok orang negara lain. nak tau tak? new year kali ni aku baru tau siapa abang angkat aku tu yang sebenarnye. kali pertama aku tengok dia marah dan bersedih. marah sebab orang tak nak bagi laluan untuk dia masok parking dan bersedih bila tengok cerita part sedih2. ingatkan perempuan je yang leh tunjuk sedih tu..hehe..sorry la abang..tapi aku juga tak berapa nak faham abang angkat aku ni. bila dengan adik2 angkat aku, cakap bukan main rancak siap buat lawak lagi. tapi bila dengan aku, senyap sungguh dia. da penat agak nye buat lawak dan berborak dengan orang..huhu..

sambutan new year kali ni memang aku puas hati. sebab dapat tengok bunga api yang sungguh cantik dan mengujakan secara life..heeeeee~ thanks to my abang, Edrus Abd Halim. tapi sorry la sebab taktau ni first time abang sambut kat KLCC..huhu..len kali bawa kekasih lak tau.