Subhanallah, Indahnya Alam. (^-^)
Assalamu’alaikum kawan-kawan semua. Apa khabar kalian hari ni? Semoga sihat dan sejahteralah hendaknya. Muqadimah hari ni yang agak formal..haha.. tapi serasanya hari ini aku hidup kembali. Cakap macam da mati..haha.. Pelikkan? Sebenarnya aku hari ini taktau la pe yang da jadi pada aku. Tiba-tiba je rasa nak round-round kolej kediaman aku ni.
Pelik tak pelik, may be sebab aku asyik berkurung dalam bilik tak keluar-keluar membuatkan aku sedikit berkeinginan untuk meneroka alam yang hijau di persekitaran kolej aku ini. Lagi pula, kalau aku keluar pun masa matahari dah terbenam. Sebab nak pergi makan malam dengan kak Lyra, Atiq dan Shela, atau dengan Alin dan Sopia. Tu pun kadang-kadang..huhu.. Aku memang lain sikit sebab suka teperap dalam bilik atau rumah. Susah sikit nak berjalan-jalan. Rasa selamat padahal tak lah seselamat mana pun.
Sejujurnya, hatiku, jiwaku, mungkin juga rohku berasa nyaman dan aman menghirup udara pagi yang segar walaupun tak sesegar mana sebab hari ini banyak lak kereta berjalan kat jalan-jalan U ni. Kebiasaannya hari minggu macam ni, kurang kereta dan kenderaan. Mungkin kerana ada pertunjukkan kuda dan aktiviti-aktiviti U yang lain membuatkan keadaan sekelilingku hidup seperti hari-hari bekerja..sungguh tak suka…huh.. kotor udaraku. Alangkah bagus kalau udara di bumi Malaysia ini terpelihara sepertimana udara di Guang Zhou. Rata-rata rakyatnya berbasikal ke tempat kerja. Jalan raya ditutup untuk kenderaan bermotor kecuali pada masa yang telah ditetapkan. Kan bagus macam tu.
Sepanjang aku tawaf kolej ni, aku paling suka tengok pemandangan bunga-bunga berguguran dari pohon. Subhanallah, indah sungguh alam pada masa tu. Aku tersenyum sendiri kerana tahap keterujaanku yang tinggi..haha.. de aku kisah kalau orang Nampak? Tapi Alhamdulillah walaupun ramai gak budak lelaki yang datang lepak kat sini-sebab kolej perempuan, ramai aweks maa- aku terserempak dengan pekerja-pekerja Indonesia dan seorang budak lelaki je tadi. Aku memang tak suka kalau terserempak dengan ramai lelaki. Sebab aku rasa dorang ni GATAL! Nampak perempuan lalu, nak pewit-pewit. Sekali aku bagi makan kasut aku ni kang baru ada adab..huh..(garang la konon..hehe)
Rasanya cukuplah setakat ini dulu perkongsian aktivitiku pada pagi ini. Kalau ada lagi, kita berjumpa lagi dalam slot yang lain pula. Da macam iklan daaa..haha.. kawan-kawan sekalian, jaga diri bebaik tau. Jalan tu hati-hati. Sekian, wassalam..

