Thursday, May 3, 2012

~~Maaf, Mood Tengah Kacau~~


Hmm dah berhabuk dan bersawang blog aku nih. Sori la kepada yang ikuti blog ni. Bukan pe, takde idea nak share citer. But since yesterday, i’m in a shock condition. Mesti korang nak tau kenapa kan.. tanak tau? Takpe, aku nak citer gak. ADA ORANG AJAK AKU KAWEN!!

Nape lak aku nak terkejut sedangkan tu berita gembira? Sebab aku tak penah kenal sapa dia lelaki ni. Yang aku tau dia kawan kepada kawan aku. Secara jujurnya, aku AMAT JARANG berhubung dengan dia-sebab tak kenal dia, so no point to contact- dan kami dah lama terputus hubungan. Tetiba dia muncul then ajak kawen. Tak mengarut ke tuh?

Bila ajak jumpa-macam muka tak malu je kan TAPI ada mahram la- untuk elak dia tersalah orang, dia cakap, nanti kita jumpa bersama ibu bapa kita. Boleh kenal2. Masalahnya bukan nak kenal2. Tapi untuk pastikan betul ke hati tu untuk saya? Ni tak pernah berjumpa, berbual jauh sekali. Just pernah tengok gambar saya dari kawan dia tu je. Tetiba terus ajak kawen. Agak2 la. Nasib tak kena serangan jantung je.

 Then tadi dia tanya, kena kenal dulu ke baru boleh kawen? Kalau kenal lepas kawen, tak boleh ke? maksud kamu, kita bakal menjadi salah satu pasangan yang akan bercerai? Well, hello~~ kamu tak tau apa2 tentang saya dan itu adalah salah satu risiko yang akan menjadi punca perceraian. Saya nak perkahwinan saya kekal hingga ke syurga la, kamu~.

Dia cakap, Ada baiknya kalau awak baca buku Aku Terima Nikahnya. insyaAllah saya akan terima awak seadanya. Saya pun ada kekurangan.~ OK, kat sini terus aku takde idea nak balas. Lastly aku cakap, ‘hmm saya taktau nak cakap pe. Rasanya baik awak berbincang dengan papa.’-padahal nak larikan diri..hahaha..

PAPA, ALONG MINTA MAAF!!!!

Ps: aku ni dah la kurang berkawan. Bila ada kawan buat mcm ni, mmg aku tk reti nak handle. TAPI!! Dia kawan aku ke? Kn dia kawan kepada kawan aku, kira kawan aku juga ke?~~entah..taktau~~

Thursday, March 1, 2012

salam semua..haha..da lamakan blog aku ni menjdi pekasam? sori la.. aku takde cerita nak share dengan kalian..TAPI! tadi aku baru je terbaca note kt FB Hilal Asyraf-aku taktau sapa dia ni, sori a..-best tau..tajuk dia HADIAH HARI JUMAAT. hmm myb da ramai tau apa dia tulis kt note tu sebab macam ramai je rakan taulan dia..myb kamu juga kawan dia kot..ngeee..pape pn, still aku nak share isi cite tu..huh! nah, ini dia kisahnya...baca tau jangan tak baca.. (^-^)

Hadiah Hari Jumaat: Pengajaran Satu Kisah Dalam Al-Kahfi

Satu hari, Dr Ala’ Hilat berkongsi akan satu kisah menarik.

   Kisah itu kisah biasa. Aku pun awal-awal mendengar maudu’nya, rasa kurang berminat. Kisah seorang lelaki soleh yang biasanya orang panggil dengan panggilan Khidir, dengan Nabi Allah Musa. Ya, mungkin ramai akan menarik muka terlebih dahulu. “Ala, dah tahu.” Sebab aku juga begitu.

                Tetapi Dr Ala’ Hilat berkata:

                “Al-Quran bukan buku sejarah. Al-Quran bukan buku fizik mahupun kimia. Al-Quran adalah Kitab Hidayah. Petunjuk buat yang memerhati dan membuka hati. Maka kisah Khidir dan Musa bukanlah kisah tarikhi(sejarah), tetapi adalah petunjuk, penenang hati daripada Allah SWT.”

                Ketika itu aku diam dan mula memandang wajah guru kesayanganku itu.

                Menanti apakah yang menarik yang akan disampaikan olehnya. Sebab Dr Ala’ memang terkenal dengan manusia yang mampu menggugah jiwa manusia yang lain.

Sepintas kisah Khidir, menandakan bukan itu perhatian utamanya

Dr Ala’ tidak panjang menceritakan kisah Khidir dan Musa. Dia sekadar mengeluarkan point penting. Katanya ada enam point penting, tetapi dikeluarkan tiga point terlebih dahulu. Dr Ala’ kata, tiga point yang hendak dikeluarkan ini adalah perjalanan Khidir dan Musa.

                1 – Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

                “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

                2 – Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

                3 – Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.

                Dan Dr Ala’ memberitahu betapa Musa AS, dalam setiap perlakuan itu, menimbulkan pertanyaan. Sedangkan, perjanjian yang dipersetujui mereka di awal perjalanan adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa.

                Kemudian Dr Ala’ menceritakan juga hikmah-hikmah mengapa Khidir melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

                Laju sahaja Dr Ala’ menceritakan semua itu.

                Seakan-akan, bukan itu maudu’ utamanya.

                Dan sampai setakat ini, aku masih tidak nampak, apa yang menariknya?

Tiga point yang ditinggal.

Pada titik inilah, Dr Ala’ bertanya kepada kelas:

                “Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?”

                Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidir?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.”

                Seorang pelajar menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”

                Dr Ala’ menggeleng. “Musa telah mati.”

                Kelas diam. Aku diam juga. Sebab aku tidak pasti hendak menjawab apa.

                “Apakah benar Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Aku terkejut, begitu juga seluruh isi kelas. Dr Ala’ nak kata Khidir bukan bijaksana? Tak berilmu?

                Aku lihat senyuman Dr Ala’ ketika itu, dan aku yakin dia yakin kata-katanya benar.

                “Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidir ini?”

                Kami diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidir kepada pembaca Al-Quran.

                “Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

                “Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”

                Ketika ini mata aku terbuka. Itu point pertama, dari tiga point yang belum disebut.

                “Maka, segala keputusan Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.”

                Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

                “Apa yang Khidir lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidir hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidir ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.”

                Sekali lagi aku macam tersentak. Itu point kedua dari tiga. Dada berdegup kencang. Rasa teruja. Rasa macam Allah SWT telah membukakan satu lagi ilmu yang luas untuk diri ini.

                “Dan dengan kisah Khidir, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidir dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

                Dan lengkaplah tiga point yang ditinggalkan di awal cerita tadi.

Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.

Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidir dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.

                “Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ kepada kami.

                Kisah Khidir adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti.

                Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.

                “Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”

                Kami tersentak sekali lagi. Eh? Kita belajar daripada mana?

                “Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidir, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum. Kami akhirnya memahami.

                “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”

Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 

Dr Ala’ kemudian berkata:

                “Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?”

                Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidir. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.

                “Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”

                Aku rasa puas.

                Indah sungguh Al-Quran. Indah sungguh ilmu Allah SWT. Cantik sungguh cara penceritaan di dalam Al-Quran. Dan besar sungguh pengajaran yang Allah mahu berikan.

                Hanya dari satu cerita, yang orang selalunya menyangka biasa-biasa.

                Semoga bermakna kepada kita semua.


Ps: Dr Ala' Hilat adalah pensyarah di Kuliah Syariah University of Yarmouk, Jordan. Merupakan seorang yang khusus(pakar) di dalam bidang Muqorantul Adyan(perbandingan agama). Juga antara sebilangan kecil orang-orang arab yang mengambil pengkhususan mendalami agama Yahudi sehingga ke akar umbinya. Dr Ala' Hilat juga pakar dalam bidang Ilmu An-Nafs. Umurnya baru awal 30-an. Hampir seluruh jenis mata pelajaran Aqidah(Aqidah, Muqorantul Adyan, Firaq fi tarikhil islam), saya belajar dengan dia.

Thursday, January 5, 2012

BULI @ MELATIH?

    Bila dah bekerja ni macam2 ragam manusia dapat dilihat. Ada bos n rakan2 yang baik n linean. Ada juga yang suka bagi kerja2 yang lari skop kerja kami sebagai pelatih. Teringat saya pada kawan saya yang dikelilingi kawan2 n bos yang bersikap macam tu. Macam2 kerja dibagi termasuk kerja kerani dan kerja yang sepatutnya mereka sendiri siapkan. Kadang2 kesian juga tengok dia terkejar2 capai dateline kerja tu. Tapi most of time, saya cemburu sebab dia berpeluang belajar banyak perkara walaupun kerja itu mungkin lari lari bidang dia. At least, dia sekarang insyaAllah dah ada pelbagai kemahiran.

    Dia tarik muka masam bila saya cakap dia bertuah sebab diberi banyak tugas. "Penat tau. Memang tak patut dorang tu. Kerja diorang, longgok kat orang."..tu balasannya..hehe.. Mungkin perspektif dan penerimaan kami berbeza. Tapi berada dalam Jabatan Pemasaran dan Direct Client ni pn ok juga. Dapat belajar banyak hal tentang produk syarikat. Mungkin masih baru, jadi kerja yang dibagi lebih kepada kerja kerani..hehe..jahat tak? Ye lah. Hari2 buat kerja update profile pelabur, tengok prestasi saham kat pasaran, siapkan kesimpulan laporan saham2 dan buat kerja2 fotostat..huhu..sedey tak dengar?

    Takpe la. Sementara ni, dapatkan semua kemahiran yang diperlukan supaya nanti senang bila dah dapat kerja. Siapkan diri untuk jadi multiskilled person supaya nanti boleh jadi mutitasking worker. Nanti akan jadi lebih berharga kepada syarikat..kan. (^-^)